Azhar Azhael Bercinta Dengan Puteri Aishah Dewi Remaja?

Hiburan

Azhar Azhael Bercinta Dengan Puteri Aishah Dewi Remaja?

Kami pasti ada antara pembaca Beautifulnara yang kenal ataupun meminati kumpulan duo Azhael, yang paling digilai remaja diluar sana tentulah sekali Azhar bukan?

Advertisement

Khabarnya Azhar kini sudah mempunyai kekasih hati dan sedang mengenali hati budi Puteri Aishah, iaitu salah satu peserta Dewi Remaja 2015 yang kini sedang mencuba nasib dalam lakonan serta  pengacaraan menerusi rancangan Meletop Kebaboom.

Buat masa ini Azhar mengakui selesa dengan Puteri Aishah dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah SWT.

Memandangkan umur saya pun sudah mencecah 28 tahun sudah pastinya saya sudah fikirkan teman istimewa. Setakat ni memang ada cuma kami masih mahu mengenali hati budi masing-masing. Memandangkan dia masih muda lagi dan baru mahu memulakan karier dalam bidang lakonan.

Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Puteri Aishah. Urusan yang lain-lain saya serahkan pada jodoh dan ketentuan Allah.

Kalau lihat mereka berdua ini agak sepadan, Azhar pun ada rupa dan Puteri Aishah juga manis orangnya. Harap hubungan mereka ini boleh sampai ke jinjang pelamin.

Sementara itu jom layan beberapa lagi foto Puteri Aishah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita :  Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...