Azhan Rani Ziarah Fasha Sandha – “Saya Tak Nak Orang Salahkan Abang, Saya Yang Salah Landing”

Hiburan

Azhan Rani Ziarah Fasha Sandha – “Saya Tak Nak Orang Salahkan Abang, Saya Yang Salah Landing”

Terdahulu, berlaku insiden melibatkan aktres jelita iaitu Fasha Sandha yang mengalami kecederaan di bahagian mata kiri akibat terjatuh di bucu katil selepas ditolak pelakon, Azhan Rani.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan turut dikejarkan ke Hospital Ampang Puteri untuk mendapatkan rawatan dan disahkan mengalami patah tulang mata kiri selain bebola mata bengkak dan berdarah.

Advertisement

Susulan itu, ramai yang seolah-olah menyalahkan Azhan kerana menganggap dia terlalu berlebihan ketika melakonkan watak dalam penggambaran drama Anak Tuan.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Azhan berkongsi rakaman suara Fasha yang menjelaskan kejadian sebenar berlaku adalah di luar kawalan dan dia langsung tidak menyalahkan pelakon drama Nur itu.

Abang jangan risau, abang tolak tak kuat pun. Saya yang salah landing. Saya tak nak orang salahkan abang.

Malah, Fasha berkata dia akan membuat kenyataan pada pihak media sebaik sembuh dari kecederaan kerana enggan Azhan disalah anggap oleh orang ramai.

Dalam pada itu, Azhan memaklumkan dia menerima segala kecaman netizen terhadap dirinya dengan hati terbuka.

Namun, pelakon berusia 47 tahun itu berharap orang ramai mendoakan kesembuhan kepada Fasha agar segera sembuh seperti sediakala.

Lepaskan sahaja pada saya andai itu boleh melegakan. Cuma jangan lupa titipkan doa buat sparing partner saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Fasha Sandha Cedera Ketika 'Shooting', Ada Netizen Salahkan Azhan Rani - "Agak-Agak La Nak Menjiwai Watak Pun, Kuat Sangat Lempar Tu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...