Azean Irdawaty Perlu Sumbangan Untuk Rawatan Kanser

Azean Irdawaty Perlu Sumbangan Untuk Rawatan Kanser

Menurut Azean Irdawaty, adalah memalukan baginya untuk meminta sumbangan orang ramai bagi membiayai rawatan kansernya, tetapi dia tiada pilihan. Bil perubatan Azean mencecah RM 30,000 sebulan dan dia pula adalah penyumbang pendapatan utama dalam keluarga. Menurut DailyChilli, ratu filem Malaysia itu, sekarang terlantar di atas katil sahaja dan sedang melawan kanser tahap keempat. Kanser sudah merebak ke tulang belakangnya, menurut doktor.

Azean ditemani dua jururawatnya

 Saya sudah pergi ke hospital kerajaan tetapi mereka tidak melayan saya dengan baik, jadi saya berada di Hospital Beacon kerana salah seorang peminat saya ialah doktor di hospital ini dan dia menaja rawatan saya di sini selama seminggu.

Beban kewangannya adalah disebabkan oleh CyberKnife (satu rawatan radiosurgeri terbaru untuk membunuh tumor), bekalan ubat-ubatan, jururawat-jururawat peribadi, pakar fisioterapi, lampin dewasa dan yuran guaman anaknya, Benjy yang ditahan polis kerana penyalahgunaan dadah tahun lepas. Tetapi Azean yang disukai ramai kerana karismanya sebagai seorang aktres, menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Saya bukan jenis yang akan bersedih dan bertanya ‘kenapa saya’? Saya pilih untuk kekal positif. Saya mahu berasa sihat dan meraikan setiap detik dalam kehidupan saya.

Dia juga dikatakan mahu kelihatan segar kerana itu dia mengenakan solekan di hospital. Katanya sambil ketawa:-

Apabila saya mula dikesan dengan kanser payudara tahap ketiga pada tahun 2007, doktor kata saya hanya ada masa 2 tahun untuk hidup dan dia meminta saya untuk menulis wasiat. Tapi saya beritahu doktor yang saya minta Tuhan untuk hidup 20 tahun lagi, dan saya masih di sini.

Advertisement

Peminat-peminat yang bermurah hati boleh menyumbang kepada Azean melalui:-

Akaun bank  RHB: 16240100009490

***

Temasya Pantai Timur akan berlangsung dari 21 – 23 Oktober ini bertujuan untuk mengangkat serta menyemarakkan kesenian dan kebudayaan masyarakat tiga negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara sebagai mercu tanda serta ikon seni budaya Malaysia.
Antara pengisian temasya ini ialah pergendangan Pantai Timur, perarakan budaya, persembahan kesenian, pameran demonstrasi jualan dan aktiviti interaktif.  Untuk jadual penuh aktiviti-aktiviti, muat turun di sini. Atau telefon 09 – 517 8466 (JKKN Pahang).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...