Azam Baki Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru

Trending

Azam Baki Dilantik Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Yang Baru

Yang Di-Pertuan Agong, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru. Jawatan tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Berdasarkan kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, pelantikan ini adalah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694, SPRM 2009 yang turut memperkenankan permohonan Latheefa Beebi Koya untuk meletakkan jawatan.

Advertisement

Pelantikan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru ini mula berkuatkuasa pada 9 Mac 2020 iaitu hari ini.

latheefa koya

Sebelum ini, Latheefa Koya telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM kepada Yang Di-Pertuan Agong pada 2 Mac yang lalu. Penyerahan tugas itu turut disaksikan oleh Datuk Seri Azam Baki yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM pada ketika itu.

Menjawab mengenai perletakan jawatan itu, Latheefa memberitahu ianya adalah keputusan atas kerelaan hatinya sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa. Kerajaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Artikel berkaitan: Latheefa Koya Sah Letak Jawatan Sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...