Menurut laman web sf.eater.com, restoran yang diberi nama ‘Azalina’s Malaysian’ berkonsepkan santai dan menyediakan makanan tengah hari, malam dan juga snek. Antara menu yang bakal disajikan adalah kari ayam dan laksa.
Merupakan generasi kelima peniaga jalanan berketurunan mamak, Azalina bertemu suami beliau dari Amerika Syarikat ketika sedang menolak kereta sorong di Pulau Pinang. Beliau nekad untuk meninggalkan kemiskinan dan berpindah ke San Francisco untuk membina hidup baru.
Seorang anak kelahiran Malaysia Azalina Eusope kini sedang bersiap untuk membuka sebuah restoran di Market Square, San Francisco. Bangunan itu lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Ibu Pejabat Twitter.
Bukan itu sahaja, beliau juga sedang menubuhkan ruang dapur bersaiz 15,000 kaki persegi.
Kejayaan yang diperoleh bukan mudah dan beliau terpaksa berusaha keras untuk sampai ke tahap sekarang
“Empat tahun lepas saya pernah meminjam $500 untuk menjual makanan di pasar tani. Saya akan menyuruh anak-anak saya bangun pada jam 3 pagi. Kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta untuk kami pergi menjualnya.
“Pada enam minggu pertama, tiada siapa datang untuk makan makanan saya,” kongsi Azalina dalam satu video YouTube terbitan Mashable Originals.
Setalah itu Andrew Knowlton dari majalah Bon Appetit menyenaraikan makanan Azalina sebagai salah satu dari sepuluh makanan yang harus dicuba di Pasar Tani (Farmers’ Market).
Kemudian lebih ramai yang tahu tentang makanan Azalina dan dari situ bermulanya perniagaan katering.
Beliau ingin terus berkembang dan mahu lebih ramai lagi mengetahui tentang masakan dan budaya mamak.