Terbaru, pelakon veteran, Zarina Zainuddin mendedahkan anak lelakinya, Muhammad Raizal Azrai, 27, atau mesra dipanggil sebagai Azal sedang berkawan rapat dengan seorang wanita asal dari Indonesia, Rahmah.
Kata Zarina, mereka bertemu sejak awal tahun lalu apabila kedua-duanya terlibat dalam festival jualan di Singapura tetapi mula rapat sejak awal bulan lalu.
Dalam Instagram Zarina, dia sempat berkongsi foto Azal bersama Raman dengan meletak kapsyen berdoa agar pasangan itu bertemu jodoh.
View this post on Instagram
Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi. Kalau ada jodoh saya terima dengan baik, Azal juga ada perasaan.
Menurut pelakon itu, pada awalnya Azal sukar untuk menerima Rahman kerana wanita itu bertudung.
Dalam pada masa yang sama, Zarina memberitahu wanita asal dari Indonesia itu menerima anaknya dengan baik biarpun tahu Azal autisme.