November 28th, 2014

Jutawan. Rasanya memang impian setiap manusia mahu mendapat status ini. Mana tidaknya, untuk bergelar jutawan, duit di tangan mesti ada sekurang-kurangnya RM1 juta. Walaupun RM1 juta di zaman sekarang ini dah tak boleh nak buat apa sangat, namun sudah tentu ia lebih baik daripada tak ada apa-apa langsung. Sejak menceburi perniagaan pemasaran rangkaian, desas-desus bertebaran yang pasangan suami isteri Azad Jasmin dan Eira Syazira kini sudah pun mencapai status tersebut.

azad jasmin dan eira syazira jutawan

Kalau anda mengikuti akaun sosial pasangan suami isteri ini, memang nampak kencang sangat-sangat perniagaan yang dijalankan. Malah kalau tak silap, Azad dan Eira kini sudah jarang keluar di kaca televisyen kerana sibuk memberi fokus kepada perniagaan mereka. Apa pun, menurut Azad, mereka belum lagi bergelar jutawan. Kata Azad:-

Dakwaan tersebut tidak benar. Saya sendiri terkejut apabila mendengarnya. Tapi, apa yang benarnya, perniagaan yang kami ceburi telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Apa yang boleh saya katakan, saya dan isteri selesa menjalankan perniagaan. Setakat ini, lebih banyak rezeki kami datang daripada cabang perniagaan yang dijalankan. Secara tidak langsung, menjadikan kami lebih bersemangat dan fokus terhadap bidang ini.

azad

Insya Allah kalau berusaha keras, jujur, dan ikhlas, bukan sahaja status jutawan boleh dicapai malah lebih daripada itu lagi. Semoga perniagaan Azad Jasmin dan Eira Syazira akan semakin meletup di masa hadapan. Teruskan berusaha keras. Sumber Kosmo.


Comments are closed.

Loading...