Melalui platform TikTok usahawan sensasi, Ayunie, dia meluahkan rasa kesal apabila ramai yang menuduhnya mengedar dadah kerana kekayaan yang dimiliki sejak usia belasan tahun.
Berang asyik dituduh jual barang haram
Dapat dilihat dalam perkongsiaan di platform tersebut, Ayunie atau nama sebenarnya, Anes Ayunie Othman telah membuat laporan polis susulan difitnah menjual barangan haram.
Tegas usahawan terbabit, dia sudah mula berniaga sejak di bangku sekolah dan peroleh RM40 juta daripada hasil perniagaan sejak belasan tahun.
Sejak umur belasan tahun dah miliki RM40 juta
Kami yang berniaga sunguh-sunguh ini jauh lebih kaya dan tenang daripada jual benda haram. Saya ini daripada sekolah dah mula berniaga macam-macam. Alhamdulillah umur 18 saya raih RM40 juta.
Meninjau di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen menasihati Ayunie untuk tidak terlalu menunjuk kekayaan yang dimiliki dan berhati-hati jika mahu memuat naik sebarang hantaran di platform media sosial.