Ayuh ‘Travel’ Dari Dalam Rumah Dengan 5 Cara Mudah Ketika PKP Ini

Kehidupan

Ayuh ‘Travel’ Dari Dalam Rumah Dengan 5 Cara Mudah Ketika PKP Ini

Anda yang memang kaki travel mesti rasa seperti dirantai di rumah sendiri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mana tidaknya, perasaan untuk melihat dunia membuak-buak.  Lebih-lebih jika melihat kembali gambar-gambar yang pernah anda simpan sewaktu pergi tempat yang sangat berbaloi untuk melihat keindahan semulajadi.

Pastinya kering idea anda untuk memikirkan apakah aktiviti yang sesuai dilakukan dengan jiwa outdoor yang dimiliki. Banyak sudah tips yang dikongsikan untuk memberi cadangan mengisi masa ketika berada di rumah. Namun, mungkin di antaranya tidak mampu menarik perhatian anda untuk mencubanya. Kini, terdapat cara mudah yang anda boleh lakukan untuk ‘travel’ tanpa menggunakan passport anda.

Advertisement

Berkunjung ke muzium terkenal dunia

muzium dunia

Untuk anda yang sukakan sesuatu yang mempunyai nilai seni berjuta tahun dahulu dan ingin melihat secara dekat artifak asli dan barang peninggalan purba yang berada di muzium, anda boleh layari Google Arts & Culture.

Terdapat lebih 2500 jenis muzium yang berbeza berada di serata dunia dan pastinya anda dapat mengubati sedikit kerinduan untuk kembali mengunjungi muzium yang pernah anda lawati.

Menilai seni graffiti yang kreatif

street art

Ada juga diantara kita yang suka melihat hasil seni berupa tulisan atau lukisan menggunakan cat sembur di permukaan dinding di tempat awam. Peminat graffiti boleh ‘datang’ dan melihat hasil jalanan ini menerusi Streetart.com.

Laman ini menyediakan pelbagai jenis graffiti yang dipilih serata dunia. Mungkin selepas melihat beberapa hasil seni tersebut, timbul idea anda untuk mencuba menghasilkan seni anda sendiri.

Berkunjung ke kawasan tarikan secara langsung

Paris

Ketika melancong, mungkin ada yang lebih tertarik untuk melihat sahaja bagaimana rakyat di negara tersebut berada di bandar utama negara mereka sambil memerhati gelagat masing-masing.

Apa kata anda ‘pergi’ ke negara tersebut dan saksikan kesibukkan kawasan tarikan dunia tersebut secara maya. Ayuh bersedia untuk ke Times Square di New York dan ke Paris secara live.

Bila keadaan semasa sudah membolehkan anda untuk pergi melancong, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung kembali secara nyata dan rasai pengalaman keseronokan yang berganda.

Mengembara ke taman negara

National Park

Dapat merasai pengalaman berada di taman negara pilihan anda bersama renjer hutan terlatih pasti amat menyeronokkan. Teknologi canggih yang disediakan oleh National Park Service membolehkan anda merasai secara dekat pengalaman ketika mengembara di dalam taman negara.

Untuk kesan pengalaman yang lebih baik, gunakan alatan VR untuk pengalaman 360 darjah. Ajak ahli keluarga untuk turut sama menyertai pengembaraan menyeronokkan ini tanpa memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Berinteraksi dengan haiwan di zoo 

Akuarium Georgia

Geng pencinta haiwan pasti tidak akan terlepas untuk mencuba pengalaman ini. Melawat dan melihat sendiri gelagat haiwan-haiwan yang terdapat di zoo membuatkan anda teruja dengan sifat yang dimiliki oleh haiwan tersebut. Kanak-kanak juga sangat sukakan aktiviti ini.

Jika ingin melihat gelagat panda di Zoo Atlanta, hidupan laut di Akuarium Georgia, pelbagai jenis haiwan seperti gajah dan koala di San Diego Kids dan teroka dengan lebih lagi di sekitar National Zoo di Amerika Syarikat. Pastinya pembelajaran anak-anak anda akan menjadi lebih menarik.

Oleh itu, jangan jadikan tempoh PKP sebagai alasan anda tidak dapat meneroka tarikan di seluruh dunia. Isilah masa lapang bersama ahli keluarga dengan aktiviti berpengetahuan dan penuh pengembaraan. Bantuan teknologi membenarkan anda mencipta memori dengan melawat pelbagai tempat menarik secara maya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...