Sebelum ini, pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilaporkan memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.
Difahamkan, permohonan nusyuz itu dibuat oleh Syamsul kerana mendakwa isterinya masih berhubung dengan bekas kekasih yang merupkan suami orang.
Tidak mendiamkan diri, Sarah berkata dia tidak takut dengan dakwaan tersebut dan sedia untuk berjuang tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya itu.
Bukan itu sahaja, ibu kepada Syamsul iaitu Datin Patimah turut memberi sokongan kepada menantunya itu serta mendakwa anaknya dihasut orang ketiga.
Ayuh Puteri Sarah, kita ada bukti, ini semua hasutan orang ketiga, Allah bersama orang-orang yang teraniaya!
Semalam, Datin Patimah turut memuat naik hantaran di Insta Story dengan berkongsi mengenai kifarah.
Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada pengarah, Yusof Haslam itu mengatakan balasan akan dikenakan kepada orang berbuat salah.
Allah maha adil, kifarah akan turun kepada syaitan yang bertopengkan manusia.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum dapat dipastikan sama ada hantaran tersebut berkait dengan apa yang berlaku kepada anak dan menantunya itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.