Bertuah sungguh Zakuan Adha. Kami dapat rasakan yang dia mengambil tips-tips teknik mengorat artis daripada kembarnya, Aidil. Kalau si Aidil dapat Rita Rudaini, Zakuan pula hampir 100% compem akan beristerikan Ayu Raudhah.
Ini bukan cerita auta, tapi dalam suratkhabar Ahad yang lepas Ayu Raudhah dah mengaku yang dia dah bersedia untuk berkahwin dengan Zakuan Adha:-
[note]Ayu tak mahu terlalu mengharapkan apa-apa tetapi kalau jodoh Ayu dengan Zaquan itu terbaik, Ayu akan menerimanya dengan baik.[/note]
Walaupun baru 6 bulan bercinta, nampaknya diorang berdua nie memang dah memahami jiwa raga masing-masing. Ayu Raudhah bagitau yang mula-mula si Zakuan nie kuat jeles gak. Tapi lama-lama dia pahamlah kehidupan seorang artis. Sapa tak jeles weiii kalau awek cun macam Ayu Raudhah.
Harap-harap percintaan mereka berdua tidak mendapat tentangan daripada ibu bapa Zakuan terutamanya. Jangan lupa kisah perkahwinan si Aidil yang tidak mendapat restu dari parents dia. Semoga tragedi yang sama tidak berulang.
Buat Ayu dan Zakuan, semoga terus berbahagia melayari bahtera percintaan.
P.S: Tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya ke final Sukan Sea. Kami terharu ~~