Sedang hamil anak ketiga beliau bersama suami, Zaquan Adha, pelakon Ayu Raudhah berkongsi rasa terujanya yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Ayu pada masa yang sama meluah rasa syukur kerana impian serta doa mereka suami isteri untuk mendapat anak perempuan sudah dimakbulkan.
Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahu kali ini saya mengandung anak perempuan. Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan. Selain berdebar untuk bersalin, saya juga berdebar kerana tak tahu akan bersalin di mana lagi.
Sebab saya kena ikut jadual latihan Zaquan dan saya mungkin akan bersalin di Perak atau Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini.
Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, 3.