Pelakon jelita yang merupakan isteri kepada pemain bolasepak Zaquan Adha iaitu Ayu Raudhah telah menjadi pilihan pertama undian untuk “5 Artis Tercantik MyMetro” anjuran media kumpulan Harian Metro. Undian telah bermula 2 Oktober lepas dan berakhir semalam. Difahamkan lebih 500,000 undian telah diterima dan Ayu telah mendapat undian melebihi 115, 000.
Pelakon Neelofa telah mendapat undian kedua terbanyak, iaitu sekitar 85, 300 undi:-
Pelakon cantik yang mendapat undi ketiga terbanyak ialah Rozita Che Wan berjumlah 85,272 undi:-
Yang keempat mendapat undian terbanyak ialah si comel Nora Danish iaitu 84,868 undian:-
Dan yang kelima ialah Natasha Hudson dengan 84,441 undi:-
Kami difahamkan sebanyak 14 orang selebriti wanita terlibat dengan undian ini, termasuk Diana Danielle (84,098), Lisa Surihani (81,920), Siti Nurhaliza (81,555), Maya Karin (7,405) dan Maria Farida (3,715).
Nama artis lain yang turut tersenarai adalah Fasha Sandha yang dikhabarkan hanya menerima 3,070 undian, Mimi One Nation Emcee, Kilafairy dan Izara Aisyah.