Ayu OIAM Confirm Dah Nikah Dulu Baru Termengandung

Hiburan

Ayu OIAM Confirm Dah Nikah Dulu Baru Termengandung

ayu oiam

Setelah lama membiarkan dirinya diselubungi misteri, akhirnya Ayu OIAM memunculkan dirinya dan membuat pengakuan tentang perkahwinannya dengan seorang duda. Dekat setahun jugak Ayu menyepikan dirinya disebabkan kontroversi nie.

Advertisement

Sebelum ini hangat diceritakan yang Ayu dah termengandung sebelum nikah, tapi Ayu menafikan gosip-gosip tersebut. Jujur atau tidak pengakuan tersebut, hanya Ayu OIAM sahaja yang tahu. Apa yang penting sekarang dah dapat anak maka silalah jaga elok-elok.

[note]Ya, saya menghilang selama ini kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan anak yang masih kecil. Saya minta maaf kerana tidak memberitahu tentang perkahwinan saya pada Januari tahun lalu atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Kini saya bahagia bersama suami iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin bersama anak kami, Syed Nashrul Haikal. Saya juga sudah bersedia untuk kembali aktif sebagai penyanyi.[/note]

Baguslah sebab bercuti nak jaga anak. Anak-anak masa kecik nielah perlukan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Terharu kami melihat kesanggupan Ayu OIAM untuk meninggalkan dunia glamer demi menjaga anak dia. Bukan senang nak buat macam tue.

[note]Spekulasi tentang saya hamil sebelum berkahwin itu tidak benar, saya telah berkahwin dahulu sebelum melahirkan anak. Kami berkahwin secara sederhana di Kuala Kangsar. Ketika majlis tersebut saya turut ditemani oleh bapa saya. Mulut orang kita tidak boleh tutup, jika orang masih ingin berkata tentang saya, biarlah. Saya hanya ingin minta maaf kepada peminat dan pihak pengurusan kerana menghilang selama ini. [/note]

Hmmm. Sepatutnya cakap kami telah berkahwin dulu sebelum mengandung. Baru tak ada keluar spekulasi lain yang bukan-bukan. Apa-apa pun tahniah kepada AYU OIAM yang dah bergelar ibu. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...