Menerusi Instagram, anak gadis Ajai dan Nourul Depp tampil membuat penjelasan selepas ada pihak media yang salah menyampaikan berita.
Kata Ayu yang tidak menyebut nama media itu, mereka telah menulis mengatakan bahawa pergaduhan di antaranya dan ibu baru-baru ini berpunca daripada aktres Maria Farida.
Tambahnya, semuanya sudah selesai dan kini dia serta ibunya sudah berbaik selain berharap agar orang ramai menghormati atau tidak mencampuri urusan peribadinya.
View this post on Instagram
Video asal dimuat naik di Instagram peribadi Ayu menerima banyak kata-kata positif dan nasihat oleh pengikutnya yang gembira hubungan dua beranak itu sudah baik.
Namun, menerusi hantaran pihak media popular ini sesetengah warganet membidas kata-kata Ayu dengan mengatakan kisah pergaduhan mereka menjadi bualan selepas ibunya sendiri yang mencanang tentang hal itu di media sosial.
Kata mereka, jika tidak kerana ibunya membuat hantaran dan menceritakan hal tersebut di media sosial memang tiada orang pun yang ambil tahu.
Kan mak dia yang heboh. Balik balik orang ramai yang salah.