Penyanyi Ayu Damit meluahkan rasa terkejut apabila namanya tiba-tiba disebut dalam perbincangan warganet mengenai ibu kepada pelakon popular, Anna Jobling.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, juara One in a Million itu memaparkan tangkap layar ruangan komen di sebuah laman sosial yang membincangkan wajah Anna bersama ibunya.
Apa yang mengejutkan, seorang pengguna media sosial secara tiba-tiba mengaitkan nama Ayu Damit dengan isu warna kulit orang Sabah.
Tidak berdiam diri, Ayu pantas memberi reaksi spontan.
“Apa kena mengena gan aku erkkkk!!!!!! Adoiii Alamak tuannnn,” tulisnya.
Penyanyi Hanya Di Mercu itu ternyata hairan kerana dirinya langsung tidak ada kaitan dengan topik tersebut. Perkongsian Ayu turut mencuit perhatian ramai kerana jelas menunjukkan rasa lucu dan pelik apabila dirinya dikaitkan tanpa sebab yang jelas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.