Baru-baru ini Janna Nick akui ada menyindir seorang artis yang berlagak baik ataupun ‘plastik’ kerana ingin mendekati dirinya. Ada sesetengah netizen yang menuduh kononnya artis yang dimaksudkan Janna itu sebenarnya adalah Ayda Jebat.
Ayda bagaimanapun memberitahu beliau sedikit pun tidak tahu mengenai pendedahan Janna. Meskipun dirinya dikaitkan dalam isu tersebut, Ayda akui beliau tidak terasa hati.
Tiada salah faham berlaku antara beliau dan Janna, hubungan mereka baik-baik sahaja.
Sejujurnya saya tidak tahu apa-apa. Saya tidak tahu pun Janna ada bercakap mengenai perkara itu. Saya tidak tahu sama ada perlu terasa atau tidak kerana saya tiada kaitan apa-apa kalau orang mengatakan dia bercakap tentang saya. Saya rasa tidak, kerana hubungan kami okay sahaja.
Sebelum ini pun saya pernah lima ke tujuh kali bertemu dengannya termasuk di rumah penerbit, Sheila Rusly. Kami pernah makan bersama malah Janna juga pernah datang ke set penggambaran saya dan saya pun pernah buat perkara sama.
Terdahulu, netizen mengaitkan Ayda dalam isu tersebut kerana membuat kemunculan dalam program Melodi pada Ahad lalu sebelum Janna memuat naik luahannya di InstaStory pada sebelah malam hari sama. Namun, Janna juga tidak pernah mendedahkan identiti artis yang dimaksudkan bersikap pura-pura itu.