Written by serenity | November 23rd, 2017

Sebelum ini, Ayda Jebat menimbulkan kontroversi apabila berinteraksi dengan peminatnya di Instagram mengenai lagunya, Mata, yang tidak terpilih untuk berentap ke AJL 32. Ia menyebabkan Netizen mengecamnya.

Kepada mStar Online, Ayda menerangkan bahawa isu itu tidak akan menjadi besar sekiranya pihak produksi memberi penjelasan awal kerana Ayda telah membuat pertanyaan sebaik saja habis pertandingan Separuh Akhir AJL 23 tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Saya tidak sama sekali mempertikaikan keputusan juri. Saya tidak tahu langsung berapa (markah) yang saya dapat dari juri. Isu ini tidak akan timbul jika pihak produksi menjawab soalan saya dengan tepat.

Habis saja separih akhir, pihak saya bertanya bagaimana kita boleh dapat pecahan markah bagi lagu saya. Pentas AJL ini satu pentas yang sangat besar, semua nak masuk.

Bagi saya, saya ingin belajar perbaiki kesilapan saya, bagaimana memperbaiki kelemahan. Saya ingin tahu apa citarasa anda (juri) supaya saya boleh campur sedikit citarasa anda ke dalam lagu saya di lain kali.

Bila jawapan yang diberi tidak menepati soalan yang saya beri, saya rasa, tak adil ke, ataupun adakah saya perlu baik dengan juri dulu, baru juri boleh beritahu saya. Kenapa tak boleh diberitahu?

Disebabkan itu persoalan itu timbul dalam fikiran saya. Kenapa saya tidak diberitahu. Kenapa tak boleh tahu? Segala yang diadili oleh juri mesti ada markah.

Segala usaha yang saya beri: masa, wang, tenaga, pergi latihan menari, pergi buat lagu. Tak perlu saya nak ungkitlah, saya cuma mahu tahu di mana salah lagu saya.

Ayda mendakwa dia tidak diberikan jawapan seperti yang sepatutnya selepas pertandingan, namun begitu, pihak produksi memberi jawapan apabila ditanya oleh pemberita keesokan harinya mengapa lagunya tidak layak.

Kalau dah beritahu, okaylah. Tetapi mengapa tak beritahu saya secara terus sebelum itu?

Ayda berkata, hanya selepas ditanya pemberita pihak produksi menghantar teks kepadanya untuk mengaturkan pertemuannya dengan juri bagi memberitahu mengapa lagunya tidak terpilih.

Ditanya jika dia tidak risau dia akan mengalami kesukaran di lain kali dalam pertandingan disebabkan kelantangannya, Ayda memberitahu sekiranya lagunya sangat bagus, tidak patut timbul kesukaran untuk terpilih:

Kecualilah ada politik.

Seperti yang memang kita semua maklum, banyak lagu yang dianggap bagus tidak terpilih ke AJL namun apa yang dibangkitkan oleh Ayda memang patut juga,.

Sekiranya peserta tahu bagaimana sebenarnya ciri-ciri lagu yang dianggap bagus maka mereka akan cuba memenuhi ciri-ciri itu. Mungkin lagu yang bertanding akan jadi lebih berkualiti dan memenuhi citrarasa juri. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

 

31 responses to Ayda Jebat Tidak Risau Dilihat Lantang Kritik Produksi AJL32

  1. takeloknipu says:

    udah2 ler tu….

    dah tak dpt bertanding ke ape, redha je ler..
    ada yg lebih baik dr lagu hang…

    13

    0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      tkde lain kali lah ! besar kemungkinan kau akan di gam dari TV3 or dari semua tv station huh ! dh kalah tu terima aje lah ! kalau jambu tkpe la jugak huh !

      11

      0
      • Miss Unibes says:

        Ada rapper Shazzy dalam lagu “mata” ni. Entah korang kenal lagi ke tak Shazzy tu. Tu je nak komen. Malas nak komen dia ni. Yg penting juara AJL32 jatuh kepada: ALTIMET.

        3

        0
    • biarlah aku menahan rindu says:

      teringin nak tengok ayda jebat nyanyi lagu menahan rindu.. siapa tahu ayda jebat mampu ganti wany hasrita nyanyi lagu menahan rindu.. rasa macam dah tepu pulak dengar ost lelaki itu pemilik hatiku versi wany hasrita di slot akasia.. why not versi ayda jebat menyampaikan lagu menahan rindu..

      0

      0
    • Anonymous says:

      Kau tgk camne syamel duet dgn erni nyanyi lagu aku cinta kat ajl, pastu bandingkan dgn lagu mata. Klau tak sedar gak xtau ler.

      10

      0
    • makenon says:

      lagu mcm sampah!!!!!!

      0

      0
  2. zakiah says:

    Politik ada dimana2..di tmpt kerja aduhai..dlm industri seni lbh lg..lagu yg lbh layak pun bkn mudah nk dpt..hmmmm

    1

    0
  3. abg sado says:

    Sebenarnya mmg perlu ada suara2 lantang atau pendapat seperti ini. Sekurang2nya pihak juri, tv, produksi dan yg terlibat secara langsung & tdk langsung buka mata & tidak menggunakan kuasa veto atau berlaku tdk adil kpd lagu2 yg sepatutnya layak msk ke final. Bukan sekali dua tp sejak zaman dulu lagi. Tgu pulak keputusan juara lagu, setiap tahun pasti ada kontraversi….

    10

    0
    • Anonymous says:

      betul tu… tapi senang cerita, utk kes si ayda ni lagu x sedap suara pun x sedap! sekian! kau menari nak rak dengan segala prop bagai pun kalau lagu kau nan hado.. mintak maap sila berguru lagi.

      21

      0
    • KakTijah says:

      Hahaha teringat kisah Faizal Tahir…. lagu menang mcm2 kategori…. last2 yg menang juara lagu Ana Rafali…. Alasan sebab lagu tu “jujur”…. wtf??? Persembahan masa AJL final pun kelaut si Ana Rafali masa tu….

      Sampai merajuk FT taknak masuk AJL lagi….

      3

      0
  4. abg sado says:

    Sebenarnya mmg perlu ada suara2 lantang atau pendapat seperti ini. Sekurang2nya pihak juri, tv, produksi dan yg terlibat secara langsung & tdk langsung buka mata & tidak menggunakan kuasa veto atau berlaku tdk adil kpd lagu2 yg sepatutnya layak msk ke final. Bukan sekali dua tp sejak zaman dulu lagi. Tgu pulak keputusan juara lagu, setiap tahun pasti ada kontraversi….

    2

    0
  5. Anonymous says:

    adoiiii minah ni…lagu dah la tak sedap (lirik dia tulis kannn??)…ditambah pulak dgn suara pon tak sedap…ada hati nak tanya…lagu lain yg lagi sedap pon tak tanya pape..pegi latih vokal dulu…takat tarian ape la sangattt

    2

    0
  6. Feldegast says:

    Lol tetap tak nak kalah dan nak salahkan orang lain. Accept it, you can sing, but you are not A SINGER.

    Kenapa pelakon Malaysia asal rasa popular kena luaskan cabang ke nyanyian? Just because kau ada tons of fans, dan menang berderet awards undian peminat, tak bermaksud suara kau automatik jadi sedap.
    Baik la ko berlakon sampai dapat award yang betul2 sebab bakat berlakon.

    Bukan sebab undian terlebih ya!

    15

    0
    • fossil says:

      Feldegast.. rasanya ayda jebat asalnya penyanyi dulu. Kan dia masuk AF tapi kena keluar ganti dengan adik dia fyna.

      Tapi dia makin menyerlah dan dikenali sebab berlakon. Kalu masih kekal penyanyi rasanya ayda jebat tak kan sepopular sekarang.

      2

      0
  7. neymous says:

    dulu kan baik dgn aura white boleh menang anugerah letop lahanat tu, ingat ajl ni level2 dia je kot. ajl skrg pun dh tak releven.

    2

    0
  8. peminat dekatkan jarak kita says:

    sekurang2nyer sekarang sume dah tau macam maner pecahan markah di beri..bagusla ade yg bertanyer…macam waktu lagu ajai dulu menang pon die ckp sebab die tau aper yg juri nak…so,kenape certain org jer yg tau?
    takper la aida cuber lg taun depan…

    4

    0
  9. Mokde says:

    Best sgt ke lagu dia ni?

    4

    0
  10. Anonymous says:

    Gigi tengkorak nie perasan.tula dah biasa dipuji.kalau tak pilih meroyan.MM tu tak de kroni yg taja.

    1

    0
  11. anne says:

    Hadoiiii… Lantang tetapi diiringi dengan suara yang sedap takpe gak.. Yang ni..alahaiii!! Sila suluh diri dengan torchlight takpun spotlight terus..ke memang kau perasan yang kau hebat giler menyanyi?? #tepukdahilajulaju

    2

    0
  12. fatimah busung says:

    camni la ayda. i suggestkan kalau u meroyan sgt nak masuk AJL, next year u buat lagu featuring jaclyn victor ke, dayang ke, hafiz suip ke. tapi part u dlm 10-20 saat jer gitu. nyanyi “ah ah ah” je. confirm dpt masuk.

    3

    0
  13. Eyeee says:

    Tak habis2 lagi si muka piring ni..

    dah memang lagu kau tu tak sedap!!..suara kau pon sengau2 cenggitu..mcm mana la nak layak masuk AJL..tolong lah sedar diri…

    1

    0
  14. Anonymous says:

    AJ boleh x jgn perasan diva…sarah raisuddin yg lagi bagus dri kau pon x pernah masuk AJL..dia x bising puuuuun

    8

    0
  15. ohyeah.. says:

    pihak produksi AJL dah beritahu pembahgian markah lagu2 bertanding. AJ g lah belajar buat lagu yg sampai mcm depa mau. ckp bnyk pun tak guna kalau ilmu takda!

    1

    0
  16. Anonymous says:

    Sejak Sarah Raisuddin make over besar-besaran…jadi tak suka. Baju makin melekap… Rambut makin kuning…kepok2… bulu mata extension… yg puji melambung2…buatkan Sarah makin menjadi2 seksinya. Seronok ye dik org puji sebab dulu kena keji. Ingat masa program tv, tanya result SPM…. tak ingat. Tak ingat sungguh ko ye… Rasanya org yg dah 30thn tinggalkan sekolah pun ingat lagi result SPM. Mesti kelaut results ko kan…berangan banyak

    1

    0
  17. damai says:

    lagu altimet dgn lagu syamsul feat mawi, mana lebih baik dari muzikal dan lirik lagu? mungkin kalau altimet x dpt masuk, dia x meroyan kot, rasa2 pasal altimet dpt masuk tu lah dia nak tahu apa category yg mrk nak so at least dia dan sape2 yg x masuk dpt membaiki, of cos lah bengang, dia bertanya pihak produksi tapi produksi x nak jawap tapi when reporter asked blh pula jelaskan

    2

    0
  18. ZANA says:

    lagu tak sedap pun :(
    harap terkinja kinja je lebih kot
    suara tu .. ya ampunnnn :P

    1

    0
  19. DrMenyampah says:

    kire mcm exam la makcik ada oiii..kalau da tau mcm soklan bocor..tak genuine la kalau kau layak gi finalb sbb da tau jawapan..tak penah pulak dgr asrtis2 sblm ni tanye pecahan markah bagai …menampah pulak aku rase ngn ayda jebat ni..mentang2 la da famous..mcm da nk berlagak hebat for ur info ayda..suara awak tu tak la sedap sgr kebetulan lagu ko je yg best..jgn nak lupe diri sgt n perasan bagus ye,,,….

    1

    0
  20. bajet booooo says:

    bukan kau sorg je bg sehabik baik pon, bajet je lebih nk pertikai..semua org bg sehabis baik, semua nak salahkan susah la mcm ni nnt tk payah masuk pertandingan lg dah. hek eleh

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Kalah lain kali cuba lagi k

    0

    0
  22. aim says:

    yela aj oiii ko jela nak menang ble bcakap…ble msuk ptndingan ko jela nk menang..ko jela hebat….amik la sume kt ko…industri dh blh wt anugerah artis perasan bgus dan artis suara xsedap…amik sume la kt ko

    0

    0

Leave a Comment

Optional