Sebelum ini, Ayda Jebat menimbulkan kontroversi apabila berinteraksi dengan peminatnya di Instagram mengenai lagunya, Mata, yang tidak terpilih untuk berentap ke AJL 32. Ia menyebabkan Netizen mengecamnya.
Kepada mStar Online, Ayda menerangkan bahawa isu itu tidak akan menjadi besar sekiranya pihak produksi memberi penjelasan awal kerana Ayda telah membuat pertanyaan sebaik saja habis pertandingan Separuh Akhir AJL 23 tersebut.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Saya tidak sama sekali mempertikaikan keputusan juri. Saya tidak tahu langsung berapa (markah) yang saya dapat dari juri. Isu ini tidak akan timbul jika pihak produksi menjawab soalan saya dengan tepat.
Habis saja separih akhir, pihak saya bertanya bagaimana kita boleh dapat pecahan markah bagi lagu saya. Pentas AJL ini satu pentas yang sangat besar, semua nak masuk.
Bagi saya, saya ingin belajar perbaiki kesilapan saya, bagaimana memperbaiki kelemahan. Saya ingin tahu apa citarasa anda (juri) supaya saya boleh campur sedikit citarasa anda ke dalam lagu saya di lain kali.
Bila jawapan yang diberi tidak menepati soalan yang saya beri, saya rasa, tak adil ke, ataupun adakah saya perlu baik dengan juri dulu, baru juri boleh beritahu saya. Kenapa tak boleh diberitahu?
Disebabkan itu persoalan itu timbul dalam fikiran saya. Kenapa saya tidak diberitahu. Kenapa tak boleh tahu? Segala yang diadili oleh juri mesti ada markah.
Segala usaha yang saya beri: masa, wang, tenaga, pergi latihan menari, pergi buat lagu. Tak perlu saya nak ungkitlah, saya cuma mahu tahu di mana salah lagu saya.
Ayda mendakwa dia tidak diberikan jawapan seperti yang sepatutnya selepas pertandingan, namun begitu, pihak produksi memberi jawapan apabila ditanya oleh pemberita keesokan harinya mengapa lagunya tidak layak.
Kalau dah beritahu, okaylah. Tetapi mengapa tak beritahu saya secara terus sebelum itu?
Ditanya jika dia tidak risau dia akan mengalami kesukaran di lain kali dalam pertandingan disebabkan kelantangannya, Ayda memberitahu sekiranya lagunya sangat bagus, tidak patut timbul kesukaran untuk terpilih:
Kecualilah ada politik.
Seperti yang memang kita semua maklum, banyak lagu yang dianggap bagus tidak terpilih ke AJL namun apa yang dibangkitkan oleh Ayda memang patut juga,.
Sekiranya peserta tahu bagaimana sebenarnya ciri-ciri lagu yang dianggap bagus maka mereka akan cuba memenuhi ciri-ciri itu. Mungkin lagu yang bertanding akan jadi lebih berkualiti dan memenuhi citrarasa juri. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com