Ketika ini, pelakon Ayda Jebat sedang hangat dikatakan bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang agak kacak iaitu Redza Rosli. Kalau anda lihat, mereka ini sering tersipu malu bila bersama di dalam majlis hiburan tetapi pada masa yang sama wujud juga kemesraan antara mereka berdua.
Ayda juga memberitahu beliau tidak kisah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Redza. Bagi Ayda, perkara seperti ini sudah menjadi lumrah kehidupan seorang artis dan menerima dengan hati yang terbuka meskipun timbul dakwaan sesetengah pihak kononnya dia seolah-olah sengaja menjual kisah cinta.
Kalau boleh memang saya tidak mahu dianggap menjual kisah cinta tapi benda ni datang sendiri. Misalnya, produksi atau stesen TV beri gambar babak lakonan saya dan hero saya untuk saya buat promo di laman soaial. Dan gambar tu pula nampak nampak sweet, jadi apabila saya muat naik di Instagram terus orang ingat saya bercinta dengan dia.
Saya tak boleh lari dari persepsi itu sebab kalau kita single dan dapat pula hero single, memang orang tetap kaitkan.
Kata orang, mula-mula berkawan dahulu selepas itu mungkin akan timbul rasa cinta di dalam hati. Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Ayda dan Redza.