Ayda Jebat Tidak Hirau Tuduhan Gedik Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri

Hiburan

Ayda Jebat Tidak Hirau Tuduhan Gedik Hanya Mahu Jadi Diri Sendiri

Ayda Jebat yang baru  sahaja ingin mengukuhkan nama di dalam industri hiburan tempatan, sudah ditimpa dengan pelbagai tuduhan dan dilabelkan sebagai seorang yang gedik. Sikap beliau yang didkawa  seperti budak-budak telah menimbulkan rasa kurang selesa oleh beberapa pihak.

Tidak menafikan ada sesetengah pihak yang menegur sikapnya itu, Ayda walaubagaimanapun tidak mahu menjadi hipokrit hanya untuk menjaga perasaan orang lain.

Advertisement

Memang ada yang tegur sikap saya yang mereka nampak seperti budak-budak tapi inilah diri saya.

Saya lebih selesa menjadi diri sendiri daripada terpaksa berpura-pura sopan semata-mata untuk jaga perasaan orang lain. Tapi bila di belakang, macam-macam pula perangainya.

Perkara ini sama sekali tidak akan menjejaskan mutu lakonan beliau dan Ayda tidak ingin mengambil pusing jika orang ramai terus ingin mengatanya begitu.

Tak kisahlah orang nak kata saya gedik atau apa sahaja kerana ia tidak jejaskan karier saya dan itu lebih penting sebab gedik tidak ada kaitan dengan prestasi lakonan.

Kadang kala tidak semua orang yang suka kita bersikap terlalu ramah. Namun, apa yang penting adalah kita tidak hipokrit dan menjadi diri kita sendiri. Untuk apa kita berpura-pura semata-mata untuk menjaga hati orang lain tetapi hati kita hakikatnya merana.

Sumber Berita: Sinar Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...