Ayda Jebat Teruja Muzik Video Pencuri Hati Dapat Sambutan Hangat

Hiburan

Ayda Jebat Teruja Muzik Video Pencuri Hati Dapat Sambutan Hangat

Semalam, kami ada menyiarkan artikel dimana muzik video Pencuri Hati nyanyian Ayda Jebat mendapat sambutan yang cukup hangat sekali.

Advertisement

Kalau semalam ia sudah ditonton lebih 300,000 tontonan, hari ini angka itu menaik sehingga lebih daripada setengah juta tontonan. Wow, agak cepat jugak bukan peningkatan tu?

Ayda cukup merasa teruja dengan sokongan orang ramai dan sebenarnya beliau tidak meyangka muzik video berkenaan akan meraih angka yang cukup banyak.

Sebenarnya saya tidak begitu menyangka yang muzik video lagu Pencuri Hati akan meraih tonton sebanyak dan secepat itu.Saya ucapkan terima kasih banyak kepada semua yang sudah tengok dan yang dah berikan respon, tak kisahlah samada komen positif mahupun negatif. Yang penting saya sudah cukup berpuas hati kerana dalam proses pembikinan muzik video ini kami telah lalui saat suka dan duka terutamanya semasa proses editing.

Jelas Ayda, muzik video berkenaan adalah hadiah buat peminat beliau yang tidak putus memberikan sokongan meskipun beliau terpalit dengan pelbagai gosip dan kontroversi selain menjadi mangsa kritikan sesetengah pihak.

Muzik video ini hadiah buat semua peminat saya, saya tak mampu nak balas, jadi dengan cara ini sajalah saya mampu hadiahkan kepada semua peminat yang tidak putus-putus membantu perkembangan karier saya.

Boleh tahan juga kan penangan lagu Pencuri Hati? Baru beberapa hari dah jadi hits. Keep it up Ayda Jebat !

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...