Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ayda Jebat Terharu Bakat Nyanyian Dipuji

Rasanya sudah beberapa kali juga kita dengar keluhan penyanyi Ayda Jebat yang merasakan bakat nyanyian dan lagu beliau sukar untuk diterima oleh penggemar industri muzik di Malaysia. Antara kekecewaan terbesar Ayda ialah saat lagu Mata gagal ke AJL 32 sebelum ini, sehingga timbul kontroversi beliau didakwa mempertikaikan keputusan juri.

Advertisement

Terbaru, Ayda menerusi akaun Twitternya meluahkan rasa terharu apabila ada pihak memuji beliau sebenarnya mempunyai teknik nyanyian yang sangat bagus. Malah, usaha Ayda yang bersungguh-sungguh menuntut lagi ilmu dalam bidang muzik turut dihargai. Yang memuji Ayda ini juga katanya bukan calang-calang orangnya, mempunyai pengalaman luas dan ijazah sarjana dalam bidang muzik.

Tentu sekali Ayda merasa teruja dengan maklumbalas positif itu dan sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk beliau terus memperbaiki nyanyiannya pada masa akan datang.

Jadi, apa pula pandangan anda tentang kritikan yang dilemparkan kepada Ayda sebelum ini? Iyalah, sejujurnya kami rasa untuk menjadi seorang penyanyi yang ‘versatile’ seseorang itu harus bersikap terbuka terhadap segala kritikan. Kami pasti Ayda tidak akan cepat melatah kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

24 Comments

  1. Anonymous

    November 1, 2018 at 3:25 pm

    BOSS tu sape… calang2 ker tu… org ramai ade telinga memasing bukan nk suka lagu sbb pendapat calang2 jalang2 tu sume… ayda jebat tak pekak kan mcm tu lah org lain yg semak dgr lagu ko

  2. Anonymous

    October 31, 2018 at 10:15 pm

    Poyooooo.. vokal xde. Ko nyanti karaoke jeww!

  3. Anonymous

    October 31, 2018 at 10:11 pm

    Suara ko level Elizabedah Tan tu ajer. Mungkin taraf Wany Hasrita. Kau nyanyi lagu I Will Always Love You tengok. Taik hijau ke… kuning?

    • Anonymous

      November 1, 2018 at 3:30 pm

      ayda jebat xbole bwk lagu2 berat takat mampu lirik2 senang… tp teringin puji2an mengalahkan dato ct… suara katak terdesak dipuji eiii tak malu sungguh

    • Zarina Zainoordin

      November 1, 2018 at 7:00 pm

      BETUL. AMIRA OTHMAN DAN NABILA RAZALI PUN SAMA JUGA. LAGU-LAGU TERBITAN 90-AN DAN AWAL 2000-AN LAGI BEST.

  4. Kaknab

    October 31, 2018 at 9:57 pm

    Siti, dayang, adibah noor, black antara bukan budak music education…. Tahu kenapaa nyanyian mereka power? Sebab bakat…. Anugerah Allah yg kau belajar 1000 tahun pun belum tentu boleh capai. Redho jelah jebat oiii….

    • Anonymous

      October 31, 2018 at 10:14 pm

      Bakat perlu juga diasah. Ko jgn nk merepek sangat.

    • Yoyo eee

      November 1, 2018 at 10:44 am

      Betul2..bakat anugerah Allah..to Anonymous 10.14pm – mmg la kena asah bakat tp klau asah xtajam2 gak mmg forever tumpul la..xsemesti belajar music,bole nyanyi..n ade yg bole nyanyi,xpandai main music..music ni skop luas..ade yg bakat ke komposer,cipta lirik n etc..ade 2 in 1 mcm bole jd komposer n nyanyi..so ini smua bakat n anugerah..

  5. Anonymous

    October 31, 2018 at 8:35 pm

    poyo je. lagu dance baik ko duet dgn sajat dan dato aliff jew.

Loading...
To Top