Ayda Jebat Rimas Sering Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Hiburan

Ayda Jebat Rimas Sering Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Drama Rindu Awak 200% cukup meninggalkan kesan yang amat dalam buat peminat tegar Ayda Jebat sehinggka ia terbawa-bawa ke alam realiti.

Advertisement

Meskipun sudah berkali-kali menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Zul Ariffin, peminat masih lagi mengaitkan nama beliau bersama aktor tersebut.  Ayda mengakui beliau sememangnya rapat dengan Zul tetapi kini beliau sudah merasa agak rimas apabila terpaksa menjawab setiap persoalan yang melibatkan beliau dan Zul.

Sudah-sudahlah kaitkan saya dengan dia kerana antara kami tidak ada apa-apa hubungan. Lagipun sekarang dia pun sudah ada kekasih. Kami rapat pun sebab sama-sama berlakon dalam drama Rindu Awak 200%, takat tu sahaja hubungan kami. Tidak ada hubungan yang lebih daripada rakan artis.

Ya memang betul saya rapat dengan Zul sebab kami banyak buat projek lakonan sama-sama. Jumpa pun hanya di set penggambaran sahaja. Rimas dan penat juga bila memikirkan kena menjawab hal sama berulang kali.

Buat Ayda, kontroversi ataupun gosip bukanlah cara untuk menaikkan lagi nama beliau dalam industri hiburan tempatan. Ia lebih membawa kesan buruk terhadap kariernya.

Ingatkan peminat dah boleh terima hakikat bahawa Zul kini dengan Zahirah, rupa-rupanya masih belum boleh “move on”. Kalau mereka berdua tiada perasaan antara satu sama lain, macam mana lagi hendak dipaksa? Janganlah terlalu taksub dengan artis.

Sumber Berita: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...