Didakwa lebih demand dan sudah lupa diri apabila memenangi Anugerah Top Top Meletop, kini Ayda Jebat sekali lagi dihimpit kontroversi.
Mempunyai sikap yang peramah dan tidak plastik, Ayda dilabelkan sebagai perampas dan pengacau kebahgiaan orang lain.
Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada. Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya.
Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang.
Tambah Ayda lagi, beliau berharap orang ramai dan rakan artis tidak tergugat dengannya kerana beliau sama sekali tidak akan mengganggu hubungan cinta mereka dan hanya ingin memfokuskan kepada kerjayanya yang baru sahaja meningkat naik.
Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka.
Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai.
 Kebelakangan ini, nama Ayda Jebat memang tak lekang daripada kontroversi. Maklumlah, anda baru sahaja mula popular dan anggaplah ini asam garam dunia hiburan. Cuma satu, sikap tidak hipokrit Ayda harus dipuji.