Ayda Jebat Minta Orang Ramai Jangan Hanya Pandai Kritik Tetapi Hormat Lagunya

Hiburan

Ayda Jebat Minta Orang Ramai Jangan Hanya Pandai Kritik Tetapi Hormat Lagunya

Setiap kali Ayda Jebat muncul dengan single baharu, pasti ia akan dikecam oleh sesetengah pihak dan menjadi bahan hinaan orang ramai. Pendek kata, ada sahaja yang tidak kena bila Ayda menyanyi dan ada yang menganggap lagu beliau tidak berkualiti.

Advertisement

Tidak dapat menahan sabarnya lagi, Ayda meminta orang ramai untuk menghormati hasil karya orang lain dan bukan hanya pandai mengkritik sahaja.

Mereka (pengkritik) hanya tahu menghentam sahaja, mereka patut belajar menghormati kerja orang lain biar nanti orang lain akan respek kerja mereka pula.

Untuk buat sesuatu lagu itu bukan mudah dan banyak pihak yang terlibat dan berkorban masa untuk menghasilkannya.

Namun, Ayda mengakui beliau sebenarnya tidak ambil tahu ataupun terkesan dengan kritikan negatif kerana ia hanya akan mematahkan semangatnya sebagai seorang penyanyi.

Saya tidak ambil kisah pun kerana kalau saya ambil tahu akan buat hati saya sakit sahaja. Muzik itu subjektif dan kalau mereka tidak suka ada orang lain yang suka.

Di luar negara ramai penyanyi terkenal membawa lagu yang berbeza mengikut tren semasa dan mereka diterima ramai dengan muzik tersebut. Tidak semestinya lagu genre balada itu sahaja boleh jadi lagu terbaik dan berkualiti.

Biasalah, setiap orang mempunyai citarasa berbeza dalam muzik dan kadang-kadang kita tidak boleh paksa mereka suka dengan sesuatu genre.  Namun, karya seseorang itu harus kita hormati kerana bukan mudah untuk menghasilkan sebuah lagu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...