Ayda Jebat Minta Maaf, Tiada Niat Sindir Sesiapa

Hiburan

Ayda Jebat Minta Maaf, Tiada Niat Sindir Sesiapa

Rupa-rupanya tindakan Ayda Jebat merakam wajah pelakon gandingannya Sharnaaz Ahmad dengan berlatar belakangkan lagu Selamanya Cinta telah menimbulkan rasa kurang senang kepada seorang penyanyi. Penyanyi berkenaan didakwa tidak berpuas hati dan menganggap tindakan sebegini bukanlah kali pertama dilakukan oleh Ayda. Enggan mengeruhkan suasana, Ayda Jebat telah tampil memohon maaf dan memaklumkan tindakannya itu tidak berniat menyindir mana-mana pihak.

ayda jebat

Advertisement

Kata Ayda Jebat:-

Lagu itu ada dalam streaming muzik saya dan secara gurauan saya merakam wajah Sharnaaz ketika lagu itu keluar dan memuat naik di ‘Instastory’ dalam Instagram.

Tiada niat untuk sindir mana-mana pihak, sebagai anak seni saya sentiasa menyokong karya artis-artis tempatan. Namun saya minta maaf kalau ada pihak yang tersinggung.

Saya faham dia kata ini kali kedua saya buat begitu, pertama itu adalah dalam babak drama Awak Sangat Nakal, saya ada menyanyikan lagu dia dan ia hanya untuk memberi sedikit komedi dalam babak itu.

Cuma saya kesal, dia menganggap perkara itu terlalu serius dan pihaknya ada menghubungi saya semata-mata meminta saya memadamkan video berkenaan dari Instagram

ayda jebat

Walaupun sudah bertahun-tahun kisah percintaan penyanyi itu dan Sharnaaz Ahmad berakhir, namun nampaknya masih ramai yang tidak mampu melupakannya. Mungkin sudah tiba masa untuk kita semua move on. Sharnaaz Ahmad pun sedang bahagia bersama Nabila sekarang. Diharap pada masa hadapan, tiada lagi sebarang perkaitan antara penyanyi itu dan Sharnaaz. Biarlah semua orang hidup dengan tenang. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...