April 2nd, 2018

Pelakon popular Ayda Jebat tidak menyangka beliau mampu membuat hati penonton terusik dan memuji lakonan beliau sebagai gadis bisu dan pekak didalam drama Aku Nazmi yang ditayangkan di TV3 Sabtu lalu.

Bukan mudah untuk “menghidupkan” watak tanpa sebarang dialog, Ayda meluahkan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima.

Alhamdulilah, saya bersyukur dengan sambutan yang diberikan peminat. Sejujurnya, saya tidak menyangka sambutannya begini hebat hingga menjadi ‘trending’ di Twitter. Malah, saya turut menerima mesej daripada peminat, rakan-rakan, pengarah dan kru produksi yang mengucapkan tahniah kerana berjaya membawakan watak yang susah ini.

Watak gadis bisu dan pekak ini sangat susah sebab kena belajar bahasa isyarat. Sepanjang tempoh itu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Apa yang membuatkan ia susah kerana pada masa sama perlu ada reaksi muka. Kalau setakat isyarat tangan ia boleh dihafal.

Pertama kali memegang watak itu, Ayda akui beliau sangat menghargai sokongan peminat. Akhirnya segala usaha beliau demi menyampaikan mesej disebalik drama tersebut berbaloi dan memberikan kesan yang mendalam.

Sumber Berita : Harian Metro


16 responses to “Ayda Jebat Luah Rasa Syukur Lakonan Sebagai Gadis Pekak Dan Bisu Dipuji Netizen”

  1. Anonymous says:

    Aku juga tak minat AJ

  2. Anonymous says:

    Sorry Ayda Jebat, sebab perangai adik adik gedik semacam, aku tukar channel tak tgk pun cerita ni sbb ko berlakon.

  3. greenfingers says:

    tahniah ayda, tgk jugak cite ni even jarang tgk cite melayu. Slalu lakonan ayda ni xda emosi, mcm patung je berlakon. Tp kali ni nmpk dia menjiwai watak tu. Satu perkembangan yg sgt2 positif.

  4. Spider says:

    Dia berlakon ok….menyanyi je problem ..

  5. Gorges says:

    Tahniah pada Sheila Rusli yg membimbing AJ jiwai watak

Loading...