Ayda Jebat Enggan Terus Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Hiburan

Ayda Jebat Enggan Terus Dikaitkan Dengan Zul Ariffin

Mula bergandingan bersama di dalam drama bersiri Rindu Awak 200%, peminat seakan ketagih untuk melihat Ayda Jebat dan Zul Ariffin  terus berlakon sebagai pasangan di mana-mana drama sekalipun.  Malah, Ayda sering dikaitkan dengan nama Zul kemana sahaja beliau pergi.

Walaubagaimanapun, Ayda menjelaskan beliau tidak mahu lagi namanya dikaitkan dengan aktor hangat tersebut.

Advertisement

Saya ingin terus bersinar dalam bidang lakonan dan nyanyian. Jadi, saya harap para peminat boleh lupakan perkara-perkara lepas mengenai saya dengan Zul Ariffin.

Sebenarnya, saya tak mahu orang ramai hanya beri tumpuan pada drama lakonan saya dengan Zul sahaja. Macam saya katakan, saya ingin terbang tinggi dalam kerjaya seni. Takkanlah saya hanya nak berlakon dengan Zul sahaja. Saya kenalah sahut cabaran berlakon dengan aktor lain.

Ayda tidak mahu peminat hanya melihat keserasian beliau bersama Zul sahaja,kini beliau sedang mencari peluang dan mengenali potensi dalam dirinya dan mencari keserasian bersama aktor lain pula.

Kali ini saya mahu peminat lihat keserasian saya dengan aktor lain pula. Saya dan Zul berkawan macam biasa. Buat masa ini tiada produk terbaru kami berdua jadi tiadalah kami muat naik gambar di laman sosial bagi tujuan promosi.

Ok lah tu kalau Ayda Jebat tidak mahu terus berada disamping bayang-bayang Zul Ariffin, lama-lama peminat pun bosan juga sebenarnya kalau tiada pasangan lain  yang berlakon dalam sesebuah drama.

Sumber Berita: Mangga Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...