Hampir setiap artis wanita yang jelita dan popular akan mendapat perhatian daripada golongan VIP yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada mereka. Tidak dapat dinafikan, ada sahaja artis yang terlibat dengan golongan VIP untuk kepentingan mereka sendiri.
Namun, buat aktres Ayda Jebat yang sedang berada di kemuncak populariti beliau sebolehnya ingin mengelak daripada dihimpit golongan VIP.
Malah Ayda juga merasa lega kerana beliau tidak berhadapan dengan situasi dimana ada golongan tersebut yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Saya sering mendengar artis popular atau memiliki paras cantik tidak terlepas diusik atau dihimpit golongan VIP. Memang pelik mendengarnya. Saya cakap begitu kerana ia belum pernah terjadi kepada saya dan saya tidak mahu pun ia berlaku.
Secara jujur, saya tidak pernah berhadapan dengan dengan mereka yang cuba mengambil kesempatan atau dalam kes tertentu, menghantar pegawai peribadi untuk cuba-cuba mengenali saya. Mungkin disebabkan peminat saya lebih banyak diwakili kelompok kanak-kanak, jadi saya terlepas daripada berdepan situasi begitu.
Sebenarnya ia bergantung kepada pendirian seseorang artis itu, memang kemewahan itu boleh mereka dapat dengan senang jika ada golongan VIP berhidung belang menawarkan pelbagai benda kepada mereka, tetapi fikirlah selama mana mereka boleh hidup sebegitu?