Ayda Jebat Ditegur Wajah Sudah Sama Seperti Rosnah Mat Aris

Hiburan

Ayda Jebat Ditegur Wajah Sudah Sama Seperti Rosnah Mat Aris

Tergelak sakan Abang Nara apabila membaca kata-kata daripada Ayda Jebat ini. Mana taknya, akibat naik 2 kilogram, ramai yang menegur wajah pelakon jelita itu kini seumpama Rosnah Mat Aris. Perkara ini menjadi kecoh apabila di dalam salah satu babak lakonan Ayda, memang mukanya nampak gemuk semacam. Sekali pandang, memang boleh tersilap. Memang tak perasan Ayda Jebat ke Rosnah Mat Aris. Sama betul muka diorang!!!

ayda jebat

wajah Ayda Jebat yang nampak seperti Rosnah Mat Aris

Perkara ini diakui sendiri oleh Ayda Jebat apabila ditegur oleh rakan-rakan pelakon yang menyatakan wajahnya sudah tembam. Itu baru berat badan naik 2 kilogram. Kalau naik 5 kilogram jadi macam muka sapa pulak? Kata Ayda:-

Advertisement

Berat badan saya 45 kilogram dan menyedari berat badan naik sedikit kerana ketika penggambaran drama itu selera makan saya lebih daripada biasa.

Ia naik dalam dua kilogram sahaja tetapi malangnya ia lebih menonjol di bahagian muka menyebabkan saya nampak tembam. Ada yang menegur wajah saya sudah sama seperti pelakon Rosnah Mat Aris.

Muka saya sudah bulat ditambah pula rambut palsu yang tidak sesuai memang lagi buruklah jadinya. Pengarah ada tegur perkara itu, namun itu sahaja pilihan yang ada, lagi pula watak yang saya bawa itu memang memerlukan saya menjadi hodoh.

Sekarang ini saya tidak diet atau buat apa-apa untuk kurus, tetapi mungkin nanti bulan depan sebelum mula penggambaran dengan Micheal Ang saya cuba berdiet.

Sebab dia sudah beri amaran supaya tidak kelihatan seperti Rosnah Mat Aris ketika dalam skrin nanti.

ayda jebat

Untuk perbandingan, marilah kita meletakkan gambar Ayda Jebat dan Rosnah Mat Aris bersebelahan. Mungkin boleh nampak sama atau tidak.

ayda jebat

Amcam? Apa pendapat anda? Diharap Ayda Jebat menjaga berat badan. Muda lagi kalau dah gemuk tak cantiklah. Masa tengah hangat di pasaran ini kenalah berkorban sikit. Tak gitu? Janganlah jadi Rosnah Mat Aris terlalu cepat. Hehehe. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...