Sekian lama menyulam kasih selain sering menghabiskan masa bersama, pastinya ramai yang dah tak sabar menanti pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Tak perlu menunggu lama lagi nampaknya kerana Ayda Jebat telah pun mengumumkan bahawa dia akan mendedahkan tarikh pernikahannya bersama Nabil Mahir pada 9 malam nanti.
Bukan itu sahaja, Nabil Mahir turut berkongsi berita bahawa mereka akan menceritakan kisah cinta yang bakal membawa sehingga ke jinjang pelamin ini menerusi rancangan #BilAydaJatuhCinta yang akan ditayangkan di saluran Youtube Wuvvshow.
Lagi best kerana ianya akan mengandungi 10 episod istimewa bagi merakamkan segala momen indah Ayda Jebat dan Nabil Mahir.
Rata-rata peminat nampaknya teruja dengan berita ini dan membanjiri ruangan komen kedua selebriti tersebut dengan ucapan tahniah.
Bagi yang dah tak sabar nak tahu tarikh pernikahan Ayda Jebat dan Nabil Mahir, tunggu sahaja pengumuman rasmi pada malam ini.