Rasanya semua tahu bahawa Ayda Jebat mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengacara tempatan iaitu Nabil Mahir. Bahkan mereka berdua tak segan langsung memuat naik gambar maing-masing di laman Instagram mereka sendiri.
Walaupun pernah ditanya sebelum ini mengenai hubungan mereka, kedua-dua selebriti ini lebih senang melabelkan jalinan tersebut sebagai sahabat baik. Setelah lama berahsia, akhirnya pasangan ini mengaku juga bahawa mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih.
Kami sudah lama kenal tetapi hanya mula rapat beberapa bulan lalu. Kami mengenali hati budi masing-masing dan kini sedang menjalin hubungan.
Perasaan itu ada dan ia lebih dari sekadar kawan. Perkara itu datang sendiri dan kami masih dalam proses berkenalan, semuanya berlaku secara perlahan-lahan.
Sungguh sweet apabila lelaki itu nampaknya turut menghadirkan diri di majlis pelancaran muzik video terbaru Ayda Jebat iaitu ‘Mana Ada Hati’ dan ‘Better Than You’.
Pasangan ini juga tidak segan untuk mengaku bahawa mereka sudah pun berjumpa dengan ahli keluarga daripada kedua belah pihak. Kata mereka, tipulah kalau cakap tak pernah bincang untuk membawa perhubungan ini ke peringkat yang lebih serius.
Kami ada bercakap secara kasual berkenaan hal itu tetapi ada baiknya jika tidak terlalu terburu-buru.
We want to take it slow… Kami sedang mengenali diri masing-masing secara lebih mendalam. Kami juga memohon doa yang baik-baik.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini!