Menerusi rancangan hiburan Melodi semalam, Ayda Jebat mengakui beliau kini sedang mengenali hati budi seseorang yang merupakan seorang penyampai radio, dek kerana kenyataan itu ramai yang menganggap beliau sebenarnya sedang bercinta dengan penyampai radio ERA FM iaitu Radin.
Ini kerana, mereka berdua kelihatan agak mesra dan Radin juga sering memuat naik foto mereka berdua di akaun Instagram miliknya.
Mendengar khabar angin tersebut, Radin memberitahu beliau dan Ayda cuma sekadar teman rapat dan tidak mempunyai hubungan istimewa.
Apa yang dapat saya katakan adalah kami sekadar teman rapat. Sama seperti rakan artis lain yang datang ke konti untuk menjayakan slot Super 40 Era yang dikendalikan saya. Daripada situlah mulanya persahabatan kami.
Berat untuk saya mengulas lebih lanjut. Ini kerana Ayda tidak menyebut sebarang nama ketika ditemubual. Penyampai radio yang dimaksudkan mungkin sesiapa saja. Jika ingin bertanya soal hati lebih baik diajukan kepada empunya diri sendiri.
Radin akui beliau bagaimanapun selesa untuk berkawan dengan Ayda yang sebenarnya agak matang berbanding usianya.
Saya selesa berkawan dengan Ayda atau lebih mesra dengan panggilan Si Kenit. Ini kerana dia seorang yang girang dan ceria. Biarpun menggunakan kata ganti diri, Adik, namun dia sebenarnya matang dan bijak mengawal situasi.
Mula-mula berkawan selepas itu berkasih sayang pula. Hehe. Kalau ada jodoh dan serasi bersama apa salahnya untuk bercinta?