Kecoh di siaran Melodi pada Ahad lalu apabila Ayda Jebat mengenakan anting-anting corak segi tiga dan mata satu yang didakwa menyerupai lambang illuminati. Isu illuminati ini sudah lama bergelumang dalam pemikiran manusia sejak dulu lagi dan tidak dinafikan masyarakat di Malaysia paling “alert” dengan bab tersebut.
Macam-macam juga kritikan yang dilemparkan kepada Ayda. Memberikan respon mengenai isu tersebut, Ayda berkata netizen perlu berhenti mencari kesalahan orang lain.
Masih berpegang teguh dengan ajaran Islam, Ayda menjelaskan anting-anting yang digayakannya itu tiada kena mengena dengan unsur iluminati. Hanya sekadar berfesyen.
Jangan takut dengan anting-anting saya, tapi takutlah dengan mata sendiri yang suka mencari silap orang.
Saya malas nak layan perkara remeh seperti ini. Tak perlu takut dengan apa yang saya gayakan kerana masih berpegang teguh kepada ajaran Islam. Apa yang digayakan itu hanyalah sekadar fesyen dan tiada kena mengena dengan amalan khurafat.
Ayda juga ingin berpesan kepada netizen agar hentikan tuduhan tidak benar kerana dia masih waras untuk melakukan sesuatu perkara.