May 31st, 2017

Diberikan peluang untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara bersempena dengan Sukan SEA 2017, pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menyifatkan ia adalah satu peluang yang baik untuk karier nyanyiannya.

Walaubagaimanapun, Gemuruh Suara bukanlah lagu rasmi tetapi ia tetap akan diputarkan sepanjang Sukan SEA 2017 berlangsung.

Lagu rasmi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bakal dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah. Lagu yang saya nyanyikan ini adalah khas buat penyokong menzahirkan sokongan mereka kepada atlet yang bertanding. Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong.

Peluang untuk menyanyikan lagu untuk Sukan SEA 2017 meskipun bukan lagu rasmi ia tetap satu pencapaian yang agak baik buat Ayda.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...