Sedia maklum, semalam penyanyi muda, Masya Masyitah menjadi perhatian di platform media sosial susulan memuat naik gambar-gambar dirinya tidak lagi memakai tudung.
Tindakannya itu mendapat kecaman ramai dan dapat dilihat dalam ruangan komen di hantaran gambar tersebut penuh dengan komen makian serta nasihat.
Sedar penyanyi tersebut mendapat kecaman teruk, pempegaruh popular iaitu Bella Khan tampil meninggalkan responnya di ruangan komen gambar free hair Masya itu.
Melihat daripada reaksi influencer terbabit, dia meluahkan rasa kesal dengan makian yang dilemparkan oleh netizen buat penyanyi muda itu.
Komennya itu meraih perhatian di laman Twitter dan rata-rata bidas semula komen Bella Khan dengan berkata wanita itu back-up Masya kerana dirinya juga tidak bertudung.
Sekadar info, Masya Masyitah sebelum ini sering dikecam kerana memakai pakaian menjolok mata biarpun memakai hijab.