Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi tumpuan warga maya setelah dia memuat naik foto bersama pelakon Diana Danielle di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Iqbal juga menulis kapsyen penghargaan namun tidak diterima sesetengah netizen.
Terima kasih telah hadir di sisi dan di hati saya. Terima kasih mengajar banyak kebaikan dalam hidup.
Kata netizen, Iqbal sepatutnya lebih berhati-hati dalam menulis kapsyen foto memandangkan Diana masih bergelar isteri orang.
Gara-gara kapsyen foto tersebut, ada yang mendoakan agar Iqbal dipertemukan jodoh dengan Diana Danielle.
Berikutan itu, muncul netizen yang prihatin dan meminta agar Iqbal mengubah kapsyen kerana menimbulkan fitnah terhadap Diana dan keluarga.
Sekadar info, Diana dan suami, Farid Kamil masih lagi bergelar suami isteri dan berada dalam perbicaraan untuk perceraian yang dituntut Diana sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.