Ayat Bikin Kontroversi, Abang Siti Jamumall Buka Mulut Tentang Isu ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah

Kehidupan

Ayat Bikin Kontroversi, Abang Siti Jamumall Buka Mulut Tentang Isu ‘Main’ Dengan Aiman Tak Kesah

Abang kepada pempengaruh dan usahawan Siti Jamumall, Abiejam, tampil memberi penjelasan mengenai salah faham yang timbul antara dirinya dan adik iparnya, Aiman Tak Kesah.

Penjelasan itu dibuat selepas kenyataan Aiman yang tular, di mana beliau mengatakan perlu “berlaku adil dan bermain dengan Abiejam” pada waktu pagi sebelum menceraikan isterinya dengan talak dua.

Advertisement

Kenyataan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan mencetuskan kekeliruan. Tanpa melatah dengan pertanyaan netizen, Abiejam atau Mohd Khairul Nizam Wahiddin menjelaskan bahawa perkataan ‘main’ yang disebut Aiman sebenarnya merujuk kepada emas.

“Kenapa Aiman kata dia kena fair dengan abang? Abang main apa dengan dia?” soal seorang individu di TikTok.

“Main emas je dengan Aiman,” jawab Abiejam ringkas.

Reaksi netizen terhadap penjelasan tersebut pelbagai, ada yang berpendapat ramai yang cepat menilai selepas mendengar perkataan ‘main’ tersebut.

Sebelum ini, Aiman mendakwa perlu berlaku adil dan ‘bermain’ dengan Abiejam pada waktu pagi sebelum menceraikan Siti Jamumall dengan talak dua.

Pada 6 Mei lalu, Siti Jamumall mengesahkan telah kembali rujuk dengan bekas suaminya, Aiman Tak Kesah, selepas mereka berkahwin di Satun, Thailand, pada awal Jun 2024.

Siti dan Aiman juga mempunyai dua orang anak lelaki, Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun, hasil perkahwinan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung
1 day ago

Tak Sampai Sebulan Rujuk, Siti Jamumall Diceraikan Dengan Talak Dua Ketika Sedang Sarat Mengandung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...