“Ayam Mano?” – Individu Review Rendang Nyet 6/10, Khairul Aming Minta Maaf & Akan Cari Punca Masalah

Trending

“Ayam Mano?” – Individu Review Rendang Nyet 6/10, Khairul Aming Minta Maaf & Akan Cari Punca Masalah

Seorang pelanggan yang berjaya membeli produk terbaru usahawan terkenal, Khairul Aming iaitu Rendang Nyet Berapi berkongsi pendapatnya tentang makanan itu.

Bagi 6/10 je

Menerusi Threads, wanita itu memberikan rating jujur sebanyak 6/10 sahaja dan menerangkan mengapa dia meletakkan review serendah itu.

Advertisement

Rasa rendang tu tak dinafikan memang sedap, tak kedekut bahan. Cukup rasa lah orang cakap. Yang tak syok, packaging aku dapat 1st leaking, kedua is ayam mano. Bila dah kacau ada la jumpa dalam 3, 4 ketul yang kecil kecil. So packaging aku dapat ni lebih kepada kuah rendang je.

rendang nyet khairul aming review rendang khairulaming

Khairul Aming respon

Review jujur wanita itu mendapat perhatian Khairul Aming yang ambil maklum dan berterima kasih atas ulasan jujur diberikannya.

Usahawan itu memohon maaf atas kekurangan daripada pihaknya dan berkata akan membuat penggantian pembelian serta mengenal pasti masalah.

Untuk parcel yang leaking memang kami akan ganti balik 100% sebab customers tak patut dapat yang leaking. Untuk isi ayam, KA akan check balik batch number untuk kita cari punca masalah kat bahagian retort filling.

review rendang khairulaming

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-12 09:16:58

Dakwaan Ramai 'Cancel Order' Rendang Nyet Berapi, Ini Respon Profesional Khairul Aming - "Saya Nak Niaga Lama.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...