Ayam Jantan Berkokok Tanda Kehadiran Malaikat? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri

Kehidupan

Ayam Jantan Berkokok Tanda Kehadiran Malaikat? Ini Jawapan Dr Zulkifli Al-Bakri

Pastinya anda pernah mendengar cerita mengenai ayam jantan jika ia  berkokok bermakna haiwan itu melihat malaikat?

Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perkara tersebut adalah benar sebagaimana Rasullulah SAW menyebutnya dalam hadis yang sahih.

Advertisement

 Perkongsian itu dikongsikan Dr. Zulkifli menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya, semalam.

Justeru itu, beliau menggalakkan agar mereka yang mendengar supaya berdoa kepada Alla S.W.T dengan harapan agar moga-moga Malaikat juga turut mengaminkan doa kita.

Rasulullah S.A.W menjadikan bunyi kokok ayam jantan, sebagai tanda kebaikan, iaitu datangnya Malaikat dan kita dianjurkan berdoa. Hal ini menunjukkan keistimewaan ayam jantan.

Kongsi Dr. Zulkifli lagi, ayam jantan juga mempunyai keistimewaan yang tidak dimiliki haiwan lain seperti mengetahui perubahan waktu di malam hari.

“Ia berkokok di waktu yang tepat dan tidak pernah ketinggalan. Berkokok sebelum subuh dan selepas subuh, tak pernah tersalah waktu. Sebahagian ulama’ Syafi’iyah memfatwakan untuk berpegang bahawa ayam jantan mujarab dalam menentukan waktu.” ujarnya.

Katanya lagi, kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin daripada Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita.

Twitter Dr Zulkifli
2 years ago

"Kalau Muslim Jadi Zombi Kita Mati Syahid Tak?"- Diaju Soalan 'Luar Kotak', Respon Dr Zulkifli Cuit Hati Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...