Siapa dekat sini ingat lagi waktu kecil-kecil dulu, kalau kita dapat pencapaian yang bagus atau nak sambut hari jadi, mesti ibu bapa kita akan bawa pergi makan ke KFC?
Tak dinafikan, membesar dengan ayam goreng KFC memberikan seribu satu makna dan kenangan yang membuatkan kita gembira apabila terkenang semula.
Namun, tahun demi tahun, ramai yang memberikan maklum balas tentang kualiti ayam goreng KFC yang semakin mengecil dan tidak ranggup seperti dahulu.
Jadi, baru-baru ini kami saja lah singgah ke KFC sebab craving nak makan Snack Plate. Mengejutkan, ayam goreng mereka kini semakin besar tau!
Kualiti Ayam Goreng KFC Sentiasa Terjaga, Boleh Tukar Jika Kecewa!
Sebut tentang ayam goreng, KFC amat menitikberatkan tentang pengendalian ayam mereka supaya dapat memberikan yang terbaik untuk pelanggan.
Untuk pengetahuan, ayam yang mereka sajikan semuanya dijamin segar tau, sebab ianya dihantar terus dari ladang dan tidak dibekukan. Semua ayam disediakan, diperap dan digoreng baharu setiap hari. Memang padanlah rasanya sedap lain macam!
Kalau anda tengok gambar di atas ni, nampak sedap dan rangup kan? Untuk pengetahuan, ayam goreng KFC ini semuanya segar dari ladang tau dan ayam mentah mereka tidak dibekukan, hanya diletakkan dalam chiller untuk mengekalkan tahap kesegaran ayam. Patutlah juicy, ayam KFC bukan ayam frozen!
Paling penting, ayam KFC disediakan di dalam restoran KFC sendiri dengan perapan 11 herba dan rempah-rempah rahsia!
Tak Puas Hati Dengan Ayam Yang Anda Dapat? Scan Je QR Code!
Wah, nampaklah yang pihak KFC sekarang ni memandang serius tentang kepuasan pelanggan mereka dan sentiasa menjaga kualiti makanan. Jujur kami cakap, memang seronok bila tengok ayam yang kami dapat tu rangup dan juicy!
Tapi, andai kata ayam yang anda dapat tidak memuaskan hati, anda boleh *tukar ayam terus tau! Hanya perlu scan QR code yang disediakan di setiap meja dan bawa ayam ke kaunter untuk pertukaran ayam.
*tawaran ini hanya untuk pembelian di kedai saja dan tidak tersedia untuk penghantaran dan bawa pulang
Jadi, jangan lupa untuk singgah ke KFC yang berdekatan sekarang dan nikmati ayam goreng KFC yang menyelerakan!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi KFC atau ikuti media sosial di Facebook atau Instagram.