Ayam Cemani; Baka Ayam Hitam Legam Dari Indonesia Yang Diternak Di Scotland

Trending

Ayam Cemani; Baka Ayam Hitam Legam Dari Indonesia Yang Diternak Di Scotland

Ayam Cemani merupakan baka ayam yang berasal dari Indonesia. Cemani adalah merupakan nama perkampungan yang terletak di kepulauan Jawa Indonesia di mana baka ini ditemui. Ayam Cemani merupakan baka yang unik kerana keseluruhan anggota badannya bewarna hitam; termasuklah paruh,mata dan organ dalaman.

Advertisement

Baru-baru ini pengunjung sebuah ladang penternakan di Forfar, Scotland telah terkejut akan kewujudan ayam itu di sana. Pada mula mereka menyangkakan bahawa ayam itu adalah sebuah patung hitam yang dibina bagi menyambut perayaan Halloween yang sudah semakin dekat. Namun sangkaan beliau terpesong sama sekali. Craig Smith, 41 tahun sangat terkejut akan kewujudan ayam ini kerana beliau tidak menyangkakan ayam hitam legam itu benar-benar wujud.

Setelah memuatturunkan gambar itu di laman web, ramai yang tidak percaya akan kesahihan gambar itu dan ramai yang mengatakan bahawa gambar itu telah di superimpose (diubahsuai). Bagi Craig,
mungkin mereka merasakan itu adalah satu prank lebih-lebih lagi perayaan Halloween sudah semakin dekat.

Masih tidak dapat dipastikan tujuaan ladang di Scotland ini membela baka ayam yang berasal dari Indonesia ini. Apa yang pasti ladang ini pasti akan menjadi tempat yang popular untuk dilawati penduduk sana disebabkan kehadiran ayam ini.

Reaksi muka Craig yang terkejut akan kewujudan ayam cemani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...