“Ayah Yang Sangat Baik, Suka Ceriakan Suasana” – Jenazah Selamat Dikebumi, Ahli Kumpulan In-Team Dedah Sikap Arwah Suhaimi Saad

Hiburan

“Ayah Yang Sangat Baik, Suka Ceriakan Suasana” – Jenazah Selamat Dikebumi, Ahli Kumpulan In-Team Dedah Sikap Arwah Suhaimi Saad

Pada jam 9.30 pagi tadi, jenazah Allahyarham Suhaimi Saad telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Difahamkan dari penjelasan salah seorang ahli kumpulan In-Team iaitu Rahim, kira-kira 150 jemaah hadir melakukan solat jenazah buat arwah.

Advertisement

Bercerita lanjut mengenai sikap rakan baiknya itu, Rahim berkata arwah seorang yang ceria serta suka menghiburkan orang sekelilingnya.

suhaimi saad

Dia seorang yang sangat baik. Dia suka menghiburkan ketika kami dalam In-Team dan arwah sentiasa menceriakan suasana.

Dalam pada menceritakan sikap arwah, Rahim turut memberitahu Suhaimi seorang bapa yang pandai mendidik empat orang anak-anak dan kesemuanya mempunyai akhlak yang baik.

Sekadar info, Allahyarham Suhaimi mendirikan rumah tangga bersama isteri, Ina Naim pada tahun 2007. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan yang dibina.

Suhaimi saad
1 year ago

"Saya Mohon Maaf Bagi Pihak Dia" - Ina Naim Reda, Maklum Arwah Suhaimi Saad Hanya Mahu Hidup Sampai 43 Tahun Sahaja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...