Tapi ada satu hari tu, tetiba dia masuk lebih dari gate rumah, rupanya kat badan dia ada luka, kat lantai penuh dengan darah, last-last ayah minta tolong jiran hantarkan Johnny pergi veterinar semua.
Lepas Johnny dah sembuh, orang yang Johnny paling attached ialah ayah.
Ayah yang selalu bagi dia makan, ayah jaga Johnny dah macam jaga anak sendiri. Tiap kali pergi makan dekat luar, ayah selalu kutip tulang ayam. Tak cukup dengan tu pergi meja orang minta tulang ayam.
Kadang-kadang ada orang cakap perbuatan ayah minta tulang dekat meja orang tu memalukan. Tapi ayah tak pernah kisah, yang ayah tau, ayah dapat bagi Johnny makan.
Ayah train Johnny supaya behave, duduk diam-diam before makan.
Masa ayah meninggal semalam, Johnny duduk je tepi rumah, duduk diam-diam. Muka dia sedih je..tak ada pun bising nak minta makanan ke apa.
Cuma malamnya tu dia dah start bising nak cari makanan.
Ayah dah tak ada, Johnny.
Sumber: @inn__
Icak Khairun Nisak
April 19, 2019 at 6:31 pm
Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga roh arwah ayah dicucuri rahmat & keampunan. Mudah2an Johnny sentiasa berbahagia walaupun ayah dah tiada. Alfatihah.
Anonymous
April 19, 2019 at 11:05 am
JOHNNY anjing yg kenang budi….
Teruskanlah beri makan minum pada johnnny…..
Roziah Abu Samah
April 19, 2019 at 10:24 am
Jaga Johnny baik-baik sebagaimana arwah Ayah awak menjaganya. Bukan awak sekeluarga saja rasa sedih atas pemergian Ayah, Johnny pun rasa begitu sebab mereka berdua amat rapat sekali. Anggaplah Johnny tu warisan arwah Ayah kepada awak sekeluarga…
Anonymous
April 19, 2019 at 9:08 am
Alfatihah utk ayah. Lucky Johnny jumpa keluarga penyayang
Anonymous
April 19, 2019 at 9:01 am
Bila bca msg arwah ayah awak, teringat kat arwah ayah saya…juga sygkan haiwan…bila dia dah pergi bru kami perasan, bukan setakat kucing je dia syg, burung2 pn dia syg sbb terjumpa makanan burung yg dia simpan..Allahuakbar..semoga kita sama2 bertemu dgn insan yg kita syg di syurga kelak…Amin….