Gara-gara teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap seorang individu bernama Zaki Yamani, anak kepada penghibur tersohor Jamal Abdillah, Zaki Yamani turut menerima tempias dimarahi bapanya itu.
Zaki Yamani terdahulu ditegur keras oleh Anwar kerana menulis ciapan berbaur biadab mengenai keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini sedang sakit dan dirawat di hospital.
Berikutan memiliki nama yang sama, Zaki Yamani atau nama penuhnya, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah memaklumkan bahawa dia langsung tiada kena mengena dengan ciapan yang dibuat menerusi lama Twitter itu.
Kepada Pakcik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru-harakan nama saya hari ini. Siapa nak jawab bila ayah saya dah sound saya ni?
Malah, penyanyi yang namanya semakin meningkat naik itu turut berkongsi tangkap layar perbualan bapanya itu yang mengingatkan agar Zaki tidak mencampuri urusan politik.
Anak lelaki Jamal Abdillah itu turut menjelaskan kepada Perdana Menteri bahawa dia tidak melakukan sebarang kesalahan.
Sekadar info, Zaki Yamani pernah berduet bersama Anwar dalam satu majlis rumah terbuka di Terenggan pada Mei lalu.