Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah video memaparkan seorang lelaki yang meraung sambil meminta maaf dan memeluk jasad anaknya selepas terlibat dalam kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah.
Menurut laporan Berita Harian, perjalanan enam sekeluarga bercuti untuk meraikan hari jadi di pulau Langkawi, betukar tragedi selepas empat daripada mereka terbunuh dan seorang lagi kritikal.
Difahamkan, kemalangan berpunca apabila kenderaan (MPV) Toyota Estima dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda, Land Cruiser.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa menaiki MPV dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.
Menurutnya, setiba di simpang tiga berkenaan, kenderaan pacuan empat roda dari arah Durian Tunggal, secara tiba-tiba telah keluar simpang dan membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.
Susulan itu, pemandu MPV cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun telanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Pelanggaran menyebabkan Ibrahim Daud (bapa) meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Latipah Dorahim (ibu), Syazana Tharin (isteri) dan Yusuf Daniel (anak) disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di HAG.
Pemandu MPV, Muhammad Izwan tidak mengalami kecederaan manakala seorang lagi anaknya, Aniq Fahim parah di kepala dan dirawat di Zon Merah, Hospital Melaka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.