Anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom, Suraiya Izzaty, berasa terkilan apabila mengetahui bahawa duit simpanan bapanya yang disamun oleh suspek telah digunakan untuk berjudi di Batam.
Duit disimpan untuk tunaikan ibadah haji
Difahamkan, wang tersebut disimpan oleh arwah Sabari dengan niat mahu menunaikan ibadah haji, tetapi niat murni tersebut tidak kesampaian.
Ayah memang berhasrat untuk menunaikan haji kerana duit simpanannya sudah cukup, tetapi dia masih menunggu panggilan dari Tabung Haji.
Bagaimanapun, selepas bapanya disamun dan dibunuh dengan kejam, Suraiya terkejut apabila mengetahui wang simpanan terbabit digunakan untuk berjudi.
Harap suspek dikenakan hukuman setimpal
Saya tak sangka suspek tergamak menyamun wang simpanan ayah semata-mata untuk berjudi, sedangkan ayah bersusah payah mengumpulnya untuk menunaikan haji.
Dalam pada masa yang sama, anak perempuan arwah turut meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui bapanya dibunuh dengan kejam iaitu diikat, mulut ditutup dengan pita pelekat, lalu dicampak ke dalam sungai dan hingga kini jasad Sabari masih belum ditemui.
Suspek seperti manusia tidak bermoral sehingga sanggup membunuh ayah yang tidak bersalah hanya untuk menutup jenayahnya.
Tambahannya lagi, Suraiya berharap suspek dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatan kejam yang dilakukan.