Ayah Kandung Didakwa Amang Seksual Anak Perempuan

Kehidupan

Ayah Kandung Didakwa Amang Seksual Anak Perempuan

Tanggungjawab seorang ayah ialah menjaga dan melindungi anak-anak supaya mereka berasa dilindungi dan disayangi.

Namun, lain pula kejadiannya apabila seorang bapa didakwa di Mahkamah Seksyen di Kuala Terengganu atas dua pertuduhan mencabul anak perempuannya yang berusia 13 tahun pada tahun lalu.

Advertisement

Sejurus pertuduhan dibaca dihadapan Hakim Nooriah Osman, tertuduh yang berusia 43 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mengikut pertuduhan pada Disember tahun lalu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya di sebuah rumah di Marang, Terengganu.

sebutan kes di mahkamah

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKKSTKK 2017) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga 25 tahun dan sebatan.

Dalam masa yang sama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di alamat, masa dan tarikh yang sama. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Tertuduh tidak diwakili peguam dan pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...