“Ayah Kahwin, Ibu Kahwin..” Gelagat Jebat Jayden Minta Sharnaaz Tamat Zaman Duda Cuit Hati Netizen

Hiburan

“Ayah Kahwin, Ibu Kahwin..” Gelagat Jebat Jayden Minta Sharnaaz Tamat Zaman Duda Cuit Hati Netizen

Comel sungguh anak sulung kepada Sharnaaz Ahmad serta Noor Nabila, Jebat Jayden yang kini sudah meningkat dewasa.

Jebat menerusi sebuah hantaran video pendek yang dimuat naik Sharnaaz di Instagramnya sekali lagi mencuit hati peminat apabila dia dilihat seperti menyuruh ayahnya itu bernikah sekali lagi.

Advertisement

Video berdurasi 35 saat itu memaparkan Jebat seolah-olah menyuruh bapanya berkahwin selepas ibunya, Noor Nabila menemui jodoh kali kedua bersama suaminya kini, Engku Emran.

“Bolehlah ayah, boleh ayah kahwin, ibu dah kahwin..” ujar Jebat kepada Sharnaaz.

Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata peminat memuji kecomelan Jebat Jayden yang terlihat mengomel dengan bahasa bayinya itu.

Malah, ada yang menyokong agar Sharnaaz mencari cinta baru dan segera bernikah supaya dapat memberi ibu baru kepada Jebat Jayden.

Terdahulu, Sharnaaz pernah mencetuskan pertanyaan kepada peminat apabila ada yang mendakwa dia kini sedang menjalinkan hubungan mesra bersama salah seorang anggota DeFam, Azira Shafinaz.

Ini berikutan Sharnaaz ada memuat naik foto dia bersama Azira sambil merangkul kemas bahu penyanyi dan pelakon terbabit di Instagram Story miliknya baru-baru ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...